**click**

Followers

Google+ Followers

click

Share It

YOU AND I

Daisypath Anniversary tickers

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

NakSihat

LilySlim Weight loss tickers

Wednesday, April 30, 2014

Sumber Kewangan untuk IVF

Assalamualaikum u all

Hai nak tnya pendapat kekawan TTC atau sesiapa yang tahu, boleh ke buat pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk tujuan perubatan (IVF) Sbb ada my fren beritahu, yang kawan dia ade buat IVF gunakan Akaun 2, tapi bila saya tanya (email) to KWSP ni jawapan diberikan

Pertanyaan


Saya ingin bertanyakan mengenai Pengeluaran untuk tujuan kesihatan. Adakah dibolehkan pengeluaran untuk tujuan membuat rawatan mendapatkan anak melalui IVF. Disebabkan penyakit ketumbuhan, (Endometeorsis) tidak boleh mengandung secara normal dan hanya melalui IVF sahaja. Jikalau boleh apakah syarat yang ditetapkan?
Terima Kasih


Maklum balas KWSP

Puan Suwaibah Baharuddin,

E-mel puan bertarikh 29 April 2014 adalah dirujuk.
Puan tidak dibenarkan mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk memohon Pengeluaran Kesihatan bagi membiayai rawatan kesuburan atau 'rawatan IVF'.  Ini disebabkan rawatan kesuburan adalah tersenarai di dalam senarai ahli TIDAK layak memohon Pengeluaran Kesihatan seperti berikut:
1.       Pesakit menghidap penyakit selain daripada penyakit kritikal yang diluluskan.
2.       Membeli peralatan bantuan kesihatan yang tidak diluluskan.
3.       Kos perubatan ahli atau ahli keluarga dibiayai sepenuhnya oleh majikan ahli/majikan ahli keluarga yang dibenarkan.
4.       Ahli mendapat rawatan kesuburan.
5.       Ahli mendapat rawatan alternatif seperti akupuntur atau kaedah tradisional.

Sehubungan itu, puan hanya boleh memohon Pengeluaran Kesihatan sekiranya penyakit yang dihidapi tersenarai di dalam senarai 55 penyakit kritikal yang diluluskan oleh Lembaga KWSP.  Untuk maklumat lanjut, puan boleh klik kepada pautan: Pengeluaran Kesihatan
Bagi pertanyaan lain, puan boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000, melayari laman web rasmi KWSP http://www.kwsp.gov.my/,mendapatkan maklumbalas "online" melalui http://enquiry.kwsp.gov.my atau mengunjungi pejabat KWSP yang berhampiran. 
Terima kasih.

"ANDA KEUTAMAAN KAMI"



Yang benar

Sarina
Eksekutif Khidmat Pelanggan
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA


Senarai 55 penyakit kritikal boleh view di sini . Ade sesiapa di sini yang pernah buat pengeluaran Akaun 2 untuk tujuan IVF? 

Selain ni, saya tahu ade a few member yang dah buat IVF, but boleh saya tahu kawan2 kita ni dapatkan sumber kewangan dri mana? Mungkin ada yang gunakan simpanan sndiri.. but for me, kalau simpanan sndiri tu , dalam 10k nett mmg takdelah.. even IVF itself cost around 8k (gov) and kalau swasta more than 12k kalau tak silap.. itupun harga beberapa tahun yang lepas. and saya nak tanya pendapat , berbaloi ke kita buat pinjaman bank untuk tujuan IVF ni, sbbsya berkira2 nak  buat pinjaman utuk tujuan ni.. well, saya blum lagi nak buat IVF, but skang dlm peringkat untuk survey. 

Mungkin juga ada yang pikir nanti, tuk rawatan pun nak berkira.. ni bukan berkira sebab apa.. IVF ni bukannya murah, kewangan sndiri tak kukuh even chances peratusan untuk berjaya pun tak tinggi..  tapi ada je yg buat pertama kali dh berjaya.. rezeki Allah yang tentukan.. 

Any idea tuk dapatkan sumber kewangan untuk IVF?? thanks kekawan :)

22 comments:

  1. Sue....thanks ye at least bila Sue bertanya bagi pihak kita2 ni...kita dah boleh dapat jawapan walaupun jawapan tu menyedihkan lagi hati kita2 ni....hurm....time2 ni la kita rasa pentingnya 'duit' tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani.. no problem Yani.. iyelah kalau blh nak cari semua sumber kewangan yg bolehkan kita buat rawatan.. yup mmg duit kna slalu ada..tapi masalahnya bila ada tu yg spend kat lain..hehhe

      Delete
  2. InsyaAllah sue..Anak itu rezeki..n bila Allah nak beri rezeki tu,Allah akan buka jalan untuk kita walau dgn apa cara sekali pun..sbb janji Allah itu pasti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kan Sufi.. rezeki kita tak tahu akan datang kan.. mungkin kita rasa x mungkin dpt, tapi mana tahu Allah tnjukkan jalan :)

      Delete
  3. tau xpe. macam mane ehh. pinjam dgn mak ayah ke... kalau pinjaman tu cm xsecure jeee.. buatnya tak berjaya menambh hutang ajeee.... doa sue. moga ALLAH permudahkan jalan sue nak buat treatment nii ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep tu pun terpikir gak..tapi dh rasa byk hutang btul dgn mak..huhuh.. tapi buat masa ni sue mmg tak decide lagi nak buat treatment yang ni.. tq eida :)

      Delete
  4. Ala sedihnya...utk kos ivf pun kakitangan kerajaan tidak layak claim kecuali kos2 utk ubat-ubatan sahaja. Kos utk prosedur ivf tak boleh claim.

    Sue, ini pendapat peribadi saya. Utk ivf jika boleh jgn la berhutang. Adalah lebih baik menabung itu. Bincang dgn hubby dan sediakan satu tabung utk itu. Mn2 duit lebih saluran ke tabung itu. Dgn niat yang baik Insya Allah, Allah akan bantu. Bila berhutang ni, byk keburukannya. Andai tidak berjaya, hutang masih perlu ditanggung..peritnya. Jika berjaya, masih byk lagi perbelanjaan yang perlu ditanggung bila dah ada baby...so fikirkan masak2 yek sblm buat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 terpikir knapa untuk kesuburn xleh claim kan..even insurance pun x dpt.. ke ada yg sue tak tahu..huhuh..
      btul ckp CPT, kang berhutang duk pikir nak byr hutang plak kan.. htang yg sedia ada pun x hbis bayar nak tmbh hutang.. huhuh
      yup, sue akan fikir semasak2 nya...terima kasih CPT :)

      Delete
  5. Ini melalui pengalaman ly...
    Actually mase decide nak buat ivf, ly berkira2 juga. Mane nak dpt sumber kewangan. Tibe2 pak mertua kate nak bg duit renovate rumah ly bahagian dapur dan bilik bwh. Dia kate senang kalo dia dtg, dia tak nak naik tangga. Dari situ suami roll duit. Padahal umah belom start renovate lg dia kate nak buat ivf. Ckp kat pak mertua kate ok. Di samping tu, ly ade juga spare duit utk emergency. Sbb pk mcm nak cuti tanpa gaji sekurang2nye 3bulan pertama pregnant. Rm6000 dari great eastern ly keluar kan and stop saving kat great eastern. Ade sikit2 2,3k saving sendiri. And tabung haji ade 2k mcm tu. So decide cuti tanpa gaji 6bulan dgn settel bab byr kete bulanan je. Boleh bagi mak abah duit sket tiap bulan n ade 1hutang, installment bio pure elken 200 tiap bulan. Alhamdulillah. Tak risau pasal tu da. Sbb nak conceive via ivf ni pon tak boleh serabut pasal duit. Kalo serabut pasal duit kita tak relax. Ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily thanks 4 ur sharig.. tapi nak tanya, berapa lama kita kena bercuti time IVF.. i mean berapa bulan sebenarnya kita kna btul2 rilek, jgn buat keje berat2..sue dh lupa time doc konsult psal IVF ni.. mmg kena berbulan2 ke kita amik cuti..
      yup, InsyaAllah ada jalan nya nanti kan Lily.. :)

      Delete
    2. 3bulan pertama selepas ET. Means confirm pregnant and 1st trimester tu kita masih fergile n kena byk rehat. Ly lepas 3bln tu br mak baju basuh baju. Itu pon ly curi2 basuh baju. Memang la guna mesin tp kan nak angkat baju tu dlm bakul kan. Still benda berat.
      Kalo ikut prof, 6bulan dia tak bagi drive. Seksa batin skit la kan. Tp nak buat mcm mane. Kena dengar gak kate pakar. Itu pendapat ly je. K

      Delete
    3. hurmm mmg kena byk cuti kan Ly.. dahla gi keje sndiri drive, ni kalau x leh drive langsung, Hubby nak anta setiap hari mcm x dapek je..ofis jauh2.. mmg byk persediaan kena buat kan Ly

      Delete
  6. Hmm..tak dapat nak bagi contoh yang baik pada Sue sebab akak 'bergolok bergadai' dalam pelbagai cara buat treatment IVF..tak termasuk dengan berhutang lagi tu..Tapi tiada sekelumit rasa susah pun terdetik dalam hati..segalanya berbaloi kerana yakin apa sahaja usaha yang dibenarkan syarak adalah kurniaan Allah jua..mungkin akak rasa tak ada perkara lain yang akak hajatkan selain anak yang soleh dan solehah..maka,perkara lain sudah tidak penting lagi..kini,anak solehah itu berada di syurga...tapi Sue jangan ikut akak tau..Ekstreme betul kakakmu ini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. kak Nuriz, blh jadikan contoh jgak..bukan x blh..as long as kita berusaha kan.. rasa tak salah jgak berhutang, ada hikmah smua ni..ada reason setiap apa yg kita lakukan.. cuma pangkal dek hati kita kan..kalau hati kita kuat, insyaALLAH blh hadapi semua ni.. huhu..
      Alhamdulillah... Kak Nuriz dh ada yang menunggu di pintu syurga :)

      Delete
  7. Akak sokong statement CIkpuantipah tu. Betul, kami kat govt pun tak dapat claim kalau buat IVF. Tp kalau buat treatment IUI kat LPPKN, buleh la claim. Tu pun guna duit sendiri.
    Sue pernah buat IUI dah ke? Akk lupa. Why not try IUI dulu. Ke mmg doktor suh terus IVF?
    Naper sue tak try buat permohonan kat TAFF tu. Kalau gaji Su tinggi dan tak boleh mohon,try je takpe. If tak dpt, buleh rayu. Ke dah pernah mohon? Ah. Byk nau soalannya. Harap, tak buat entry, tapi kalau free jawab kat w.app ja. Hahahhaha. Annoyed kan akak ni. Hahahahah.
    Pendapat akak sama ngan CPT tu - takyah kot berhutang bagai. If tak menjadi, mana nak carik duit lagi. Nak kena buat lagi. Kalau menjadi, pun nak pakai byk duit bila dah ada baby.
    Dok dendiam - ngadu ngan Allah dan baru buleh buat keputusan - samada betul ke tidak nak buat IVF tu.
    Cam akak, baru 6 tahun ni, pun takde lagi rasa nak buat IVF (sbb akak tak suka kut lab prosedur ni. Nak IUI ngan Dr Hamid pun dah setahun tangguh. Apa cerita? Hahahahah)
    Jadi, tu lah. Maaf kalau rasa annoying :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekda..bila masa plak sue rasa annoying.. heheh.. Sue mmg kna buat IVF trus..IUI xleh..sbb tube dh buang.. Bila kekda ckp pasal TAFF, baru sue teringat.. sue tak penah tanya pun dgn TAFF..x pnah tahu details apetah lagi memohon.. terima kasih Kekda bagi idea.. ehhe..
      sue actually takde pun rasa nak buat IVF skng ni.. cuma kkdng tu terpikir, sakit lama dtg blik..doc pnah ckp kalau penyakit dtg lama, chances ngandung tu mmg kurang sgt.. lagipun x ready lagi.. sbb sakit tu yg sue duk survey2 ni...

      Delete
  8. kalau ikut saye sokong CPT py cadangan. from small beginning comes great things. niatkan kumpul utk dptkan zuriat dalam 1 acc. usaha tangga kejayaan. smoga Su dapat cahaya dihujung jalan!. insyaAllah pasti ada jalannya utk hambaNya yg berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sue kena pikir jalan tuk menabung.. i mean bukan menabung ckit..kna buat btul2 peruntukan simpanan kan.. Thanks Cenetos.. InsyaALLAH ada jalan..

      Delete
  9. sue, i agree with pendapat semua, jgn buat loan, coz if rawatan x berjaya, utang nak bayar lambat lg habisnya, lg tambah sedih hati... I simpan duit. Memang lambat, kena sabar tunggu masa. Macam kekda ckp, bleh try TAFF. Or, simpan di unit trust. But make sure u understand the risk. inshaAllah, Dia uji, mesti ada jalan keluar. Jgn give up k, smg Allah permudahkan usaha sue... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sweet.. hrap2 dipermudahkan smua.. yup, sue mmg kna start menyimpan btul2.. TAFF tu mmg sue tak survey lagi..mana tahu kan ade rezeki sue kat situ.. InsyaALLAH sue x give up..tmbh2 lagi ada sokongan dri kawan2.. :)

      Delete
  10. Tak reti nk bg pendapat sbb x pernah lalui semua ni...hanya mampu mendoakan semoga Allah permudahkan semua urusan sue and suami... Aaminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima ksih Elly, doa Elly pun dh dpt bantu sue.. tenangkan sue.. :)

      Delete

Related Posts with Thumbnails