**click**

Followers

Google+ Followers

click

Share It

YOU AND I

Daisypath Anniversary tickers

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

NakSihat

LilySlim Weight loss tickers

Tuesday, December 3, 2013

Jom Derma Darah

Assalamualaikum kawan2

Kalau nak tau sue x pnah derma darah.. tak penah seumur hidup.. asyik amik darah org je.. heheh.. iyelah dh dua kali operated, pes time operated dimasukkan darah, yg paling latest operated 2011, 5 liter darah dimasukkan ke dalam badan saya.. 5 liter lebih kurang 10 orang punya darah.. Agak2 klu xde 10 org tu mcm mana la gamaknye kan... asyik org je sumbangkan, sue x sumbangkan pape pun kat org.. dek kerana tu berazam nak derma darah..but b4 dis xtahu nak derma katne..

Berazam bukan main lama, tapi hari ahad hari tu baru pergi nak derma darah..sue dgn CH.. CH je dapat lepas derma darah tapi saya x lepas,,sbb apa? nant saya citer.. btw sebelum tu, jom tgk jenis2 darah dan personaliti berkaitan dgn darah...semua ni sumber dri pakcik google je... ade yang mcm btul..ade yg tak..heheh.. so, sesiapa yang dah tau jnis darah sndiri blhla tgk2 kat cni

Darah A hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah A dan AB dan menerima darah A dan O sahaja.
Darah B hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.
Darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.
Darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O.

Saya adalah darah jenis O.. byk menderma la kiranya ni..hahahaha, CH plak darah B

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Ok, dah abih pasal jenis darah..now kalau korang nak derma darah, bolehla pergi kat Pusat Darah Negara.. kalau kat shopping mall takut ada yag segan ke apa tgh2 org kan, kat Pusat Darah Negara ni ok je..tenang je suasana, setiap hari bukak..

Pusat Darah Negara
Address: 
Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400
Malaysia

Telephone: +603 2693 3888
Fax: +603 2698 0362

Kaunter Pendermaan Darah
Isnin hingga Rabu : 7.30 am hingga 5.30 pm

Khamis dan Jumaat : 7.30 am hingga 8.00 pm

                  Sabtu : 8.00 am hingga 4.00 pm

                 Ahad : 8.00 am hingga 4.00 pm



hah siap ada map ni..sgt senang nak cari tempat ni.. 

hari ahad tu saya n CH gerak 8:30 pagi dri umah.. breakfast dlu..make sure jangan perut kosong.. but jgn makan heavy sgt pagi2 tu.. then bila sampai PDN, tmpat parking pun byk.. kat kaunter ade 2,3 org je yang datg derma, tapi yg jaga kaunter ramai jgak..suasana kaunter mcm kat spital tu.. sblum pergi CH nervous bukan main.. kalau nak tau, dia tu harap je berlagak macho tapi takut dgn jarum...hahahaah.. saya takut xpe..normalla kan perempuan melayu sejati takut..hahaha

sampai situ pergi ke kaunter "pendaftran", cakap fes time nak derma..sambil buat muka dermawan.. pastu dia akan bagi pamplet ni..baca satu persatu sbb kemungkinan ade yang kena mngena dgn korang...


siapa yang baru kebah demam x blh nak derma tau..
yang part last sekali tu, saya penah buat akupuntur sebelum bulan May hari tu.. so bila tanya diorg, diorang ckp dh lepas 6 bulan kira dh ok.. 


penyakit2 kronik x dibenarkan...


hah yang ni mmg sah2 x bolehlah..

bila dh baca n dh paham.. isi borang..dlm borang tu akan byk lagi soalan ditanya..kemudian pergi ke kaunter pendaftran..kat situ dia akan tanya soalan2 tu semula, and tandatangan kat dpan diorang..kat kaunter ni dia akan cucuk jari kita tuk dapatkan sample darah.. time ni dah boleh tahu jenis darah apa.. and diorang akan amik berat badan kita.. tapi heran la timbang kat sni.. kurang 3kg dri berat biasa saya..takkan dh kurus..hahahha... tipuuu

then dia akan bgi buku tuk simpanan kita n tggu sehingga nombor dipanggil..




and bila nombor dipanggil , masuk ke satu bilik untuk interview lagi..kli ni soalan yg lebih details..sambil tu dia akan amik tekanan darah..kalau rendah, mmg x lepas la nak derma..ok, time ni la saya tak lepas nak menderma.. sbbnya..dia tanya bila period, saya cakap la tarikh sekian2, dats mean saya baruu lepas 3 hari dri hari bersih.. doc x bgi..sekurang2nya 6 hari dri tarikh bersih baru blh..sbb time period kan kita kekurangan byk darah.. and plus kat borang tu saya mentioned yg saya sakit endo.. tu yg doc x bgi..and pada siap penah melakukan transaksi darah kna inform dlm borang jgak.. mmg frust gile.. saya dh berkobar dh nak derma..tapi CH lepas, dia dh msuk tuk derma darah.. CH kejap je proses..amik darah tak sampai 5 minit..doc ckp sbb saluran darah dia besar.. gamaknya mcm saya lama la kot.. sbb saluran darah kecik..

ini adalah tangan CH,b ukan saya ok :P

after dah derma, dia ada sediakan makanan kat kafeteria situ.. ade mee goreng, air milo, buah2an, kuih muih..semua free..tuk refill balik tenaga kot.. besh2..
lpas tu dh selesai..kalau nak derma lagi, leh dtang 2,3 blan selepas itu.. CH ckp mata dia sediki berpinar tapi lps tu dh ok.. bila kitaorg nak gerak dri situ, tgk agak ramai org yg menderma.. tapi bangsa kita x ramai..bangsa lain yang ramai.. mungkin kebetulan time tu x ramai kot..huhuh
blum ada lagi peluang tuk saya menderma.. tapi saya nak pergi jgak dlm masa terdekat ni..harap2 berjalan lancar nanti.. so pada kekawan yang nak derma darah, bolehla pergi ke sini..better late than never :))


4 comments:

  1. Jelas-jelas Yani tak boleh derma darah....hurm!

    ReplyDelete
  2. lama dah x derma darah... i hanya bleh start derma lepas i kawin (sebab berat badan dah naik n baru lepas minimum weight utk menderma.... kuikuikui....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, kurusnya .. hhehhe/.. sue dri keick sampai besar smua max weight je..hehehe

      Delete

Related Posts with Thumbnails