**click**

Followers

Google+ Followers

click

Share It

YOU AND I

Daisypath Anniversary tickers

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

NakSihat

LilySlim Weight loss tickers

Monday, March 25, 2013

Birthday Celebration @ Celi Chalet, Lata Kemensah~

Salam kekawan

Entry yang tertangguh hampir seminggu.. Last sunday, kami sekeluarga celebrate hari jadi tuk bulan Feb & March di Celi Chalet, Lata Kemensah. Before this kami celebrate dkat Taman Tasik Titiwangsa. Kali ni plak bertemakan mandi manda & BBQ.. n tak ramai yang join, abang saya jaga kakak ipar saya berpantang, abg ipar lagi sorang kna koje... tak ramai pun takpe, as long as boleh enjoy.. yeehhaaaa...  ehhee

disbabkan bulan Mac ni special ckit ..(hari jadi saya dgn CH ) so, master plan harusla saya.. then saya bahagi2kan tugas..
Setelah google and survey punya survey, saya decide buat dkat air terjun yang dkat area umah..memula nak gi area sg congkak, tapi mcm jauh .. then kawan saya ,atie yang suggest tmpat ni.. kawasan air terjun dan sungai (persendirian) nak gi cni dkat sgt.... sesiapa tau Zoo Negara,dri MRR2 tu masuk je ke Zoo Negara, then ade simpang kecik, (jalan batu bata) simpang tu seolah2 mcm menuju ke parking2 kereta, tapi terus je..akan nampak kawasan perumahan org kaya2 dulu (bapak besar rumah) then kawasan kampung, bila dah kawasan kg tu depan ckit je dh kawasan2 tmpat air tejun and sungai..
 
kawasan ni persendirian, and ade banyak pondok2 sepanjang sungai ni.. korang pilih la mana tmpat bersesuaian dgn aktiviti yang nak dibuat ..mcm saya survey tmpat sampai dua kali, sekali seminggu sebelum, kali kedua sehari sebelum.. first2 tu saya booking dkat Chalet Rimba Jinbara .. sbb nak cari kawasan air yang cetek (snang ckit budak2 nak mandi) tapi mungkin chalet dia tak menepati sgt citarasa saya.. tapi kawasan tu mmg dh ok, harga pun lebih murah berbanding dgn yang saya sewa.. kat situ kalau sewa chalet (tuk saje rehat2 & tukar baju) sekali set BBQ & arang = RM80.00 (Tak kesah berapa org nak dtg) and kawasan situ mmg agak besar... tapi sbb sungai mcm cetek ckit, saya terpaksa reject... ade je kawasan dlm kat situ, cuma takut x sesuai tuk bebudak,,,

then... saya survey kat Teratak Angah - (blh search kat FB kalau nak tau tmpt camne) . Situ mmg nampak meriah, siap ade gelongsor kecik, tapi sbb satu tempat ni smua tumpu kat situ, reject gak... finally saya sewa kat Celi Chalet.. (search kat FB gak tau kekawan) nampak kawasan tu mmg nampak bersih, tenang, nyaman..seperti berada di perkampungan bunian.. errr.. ahhahaha.. takdelah, seperti berada di kawasan kampung.. air kat situ ade kawasan yang cetek dan dalam, tapi tak la jernih and deras..cam air sungai.. yang besh nya, pondok dia w/pun dlam kecik tapi beranda dia besh.. kiranya nk makan2 duk kat beranda je..mak2 boleh pantau anak dri atas... kat sni ada port yang cetek dan dalam.. 


Celi Chalet, Lata Kemensah
019 3773 413
(nak ke sni, dri Zoo Negara terus je, korang akan lalui 4 jambatan kecik, yang keempat belok ke kiri.. )

Kemudahan kat sni
- pondok (siang atau bermalam disini) harga berbeza
(dalam pondok ada tilam, kipas n plug)
-toilet / surau
- set BBQ tanpa arang
-kawasan parking yang luas (xde susah2 nak parking tepi jalan)
 
harga
masa saya pergi harga dari pukul 9am-5pm RM50.00 untuk sebuah chalet dan sebuah keluarga (5 org maksima) untuk keluarga seterusnya, RM15.00 satu keluarga
time saya pergi lebih kurang 15 org termasuk kanak2, so harga RM50 + RM15 + RM15 = RM80
kemudian sewa set BBQ plak = RM10.00
Total = RM90.00

 Kawasan persekitaran yang mendamaikan.. w/pun tepi jalan.. see, air tu tak deras pun, budak2 nak mandi okla... tapi byk batu jgak dlm tu.. saya mandi pakai selipar..ok what :)

pondok yang kami sewa.. BBQ kat dpan pondok je..btul2 tepi sungai.. satu hari nant nk bermalam jgakla kat cni :)


Menu2 pada hari tu (hasil kutipan duit satu family) :P
- BBQ Ayam perap (beli)
- BBQ Kambing Perap (beli)
- Skewer
- Lasagna (saya buat sndiri)
- Roti Sandwich Telur (buat sndiri)
- Butterscotch cake (beli kat SR)
- Mihun goreng (buat sndiri)
- Ayam nugget
Air - Kordial Sunquick Orange

Barang yang perlu dibawak
- baju persalinan (nak mandi manda)
- tuala
- arang
- serai & minyak (untuk nak BBQ )
- tikar
- makanan2
- pinggan/cawan/sudu plastik
- bekas polisterin yang empat segi besar tu (tuk simpan daging2 perap) letak ais skali dlm tu
(supaya bahan perapan tak hanyir) 
- hadiah tuk besday boy and girl
 
 Tema kami pada hari tu biru!!! 
 
 memula aktiviti adelah... lelaki persiapkan tmpat bbq, nak bakar arang kan lama..hehe.. then pape potong kek dlu, nyanyi2 tiup lilin.. before semua basah kuyup.. then after that mandi manda n makan2.. 
time balik, bila smua dh tukar baju, baru aktiviti bukak2 hadiah :) (mcm la byk sgt hadiah) hahah


time tu kami celebrate tuk bulan 
Feb - Badrul (adik saya) 13/02
March - Adam (anak saudara, tapi time tu dia takde) 01/03
Saya- 14/03
CH - 18/03
Abg Zul (abg ipar saya) 28/03

heppii besday u olllsss :P

aktiviti bermandi manda, main air, kuak lentang, renang berirama .. ahah
mmg ade kawasan yang dalam..yang dalam tu mmg syiokla.. sbb boleh selam2 (selam sambil tutup hidung) ade yang dalam sangat, sampai tak sampai kaki (saya x pandai berenang ok)
mak saya pun join mandi sekali... 

anak sedara saya sorang ni si choki.. susah btul memula nak pujuk dia mandi, nak cecah kaki kat air pun xmo, nangis2... last2 dia xmo naik, sampai ketar2 dah.. hehe
 
kami kat situ dri 8:30 pagi sampai 2 ptang.. nak tghari tu ramai jgak yang dtg.. kat sni boleh jgak dtg mandi tanpa sewa pondok...
 
 aktiviti yang ditunggu2.. bukak hadiah la.. :)
hehe.. thanks yang bagi hadiah, suka..suka..sukaa. dapat

kasut (dri CH)
tudung (dari kak ima)
purse (dri yong)
buku resepi (dri nyah)
kain ela (dri mak)

p/s : ni nak tuntut hadiah dri adik saya.. hahaha.. boleh?

CH dpt hadiah dri saya kasut jgak.. iyelah sama2 pilih.. mana yang menantu2 x dpt hadiah, dpt dri bini memasing je :P
 
alhamdulillah hari tu berjalan dgn lancar, anak2 sedara baik je.. xde gaduh2 n merajuk2.. good !!
and kami semua balik dgn happy and penat.. balik umah terus collapse.. heheh 
for next, takde idea dh nak buat mana.. maybe repeat buat kat taman tasik ke..takpun makan2 kat mana2 kedai.. hurrmmm

6 comments:

  1. wah..famili sue mmg aktiviti bulanan yeak, sambut birthday ahli keluarga setiap bulan..menariknyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya awal tahun byk la celebrate, ramai lahir awal tahun.. pertengahan , dan akhir2 dah xde smbut.. just makan2 camtu je... bukan setiap bulan pun :)

      Delete
  2. hey hey heyyyy. ... ida nampak sue pakai baju blogger. alahaiiii. suwetnya koranggggggggggg! ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha... iyelah, bila lagi nak tayang baju blogger ni.. i loikkeeeeee... husband sue pun ske pakai baju ni, dia kata cutting tuk baju lelaki ni smart :))

      Delete

Related Posts with Thumbnails